#12

Gemok kan? Euww -,- Haha baju tu abang tough tolong belikan! Haha imma loveeee it xx

 Hi Assalamualaikum. Hai kawan kawan sekalian. Harini nak cerita random lagi sebenarnya. Tapi tak jadi sebab hati ni nak story pasal benda lain. Hmm, crush? Pernah dengarkan perkataan tu? Ye, aku crush dengan someone yang boleh dikatakan agak rapat dengan diri ini. Mungkin kelakar, tak patut adalah pandangan korang. Tapi hati dah suka kan? Apa boleh buat, hehehe. Tapi itulah, cukup dengan sekadar crush ataupun lebih kepada seseorang yang sedap mata memandang atau lebih tepat dengan orang yang boleh bagi aku semagat walaupun dia tak tahu. Semua ni berlaku sekelip mata bak kilat yang hadir menemani hujan ketika turun ke bumi. Mahupun lebih mudah, semua ni berlaku dalam hati yang kental ini. Siapa sangka? Even aku sendiri pun still tak percaya. Tapi akhirnya percayakan jugak. Sebab suka. Muahahaha, okay ayat puitis bagai ini sengaja je. Tapi pasal crush tu betul kut? Maybe? ;-)

Hari demi hari, aku sedar yang peperiksaan SPM tak lama lagi. Tak sampai sebulan kalau tolak waktu itu ini. Hati ni kuat tahan mata untuk study tapi berjaya takat pukul 2:30 pagi sahaja. Result trial baru baru ini cukup meruntuhkan ketahanan dalam hati walaupun yang selebihnya dari result tu boleh dikira sebagai "okay" lahh.  Tapi aku tetap tak puas hati. Tapi tak boleh nak salahkan sesiapa. Salah aku juga. Tak belajar betul betul. Apa yang aku dapat, itulah hasilnya. Entahlahh..Tak pandai nak berkata-kata. Aku just nak yang terbaik untuk yang sebenar. Cukup kalau aku mampu buat mama daddy senyum dengan result aku. InshaAllah, Amin. Tangan dihulur untuk mengundur diri, maaf dah silap dan kata kata dipohon maaf jika ada yang terasa. Saya hanyalah insan biasa yang meluahkan perasaan dengan Blog yang serba guna ni. Terima kasih. Hahaha :) Moga kita berjumpa lagi di post yang bakal di publish xx